Tuesday, April 10, 2012

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

Assalamualaikum

Kepada semua pelajar lepasan SPM 2011...calon straight A's.....10,9,8 a's anda dijemput kemajlis Anugerah Cemerlang pada 28 April 2012.Bertempat di Dewan Besar Tuanku Jaafar , SMTTJ.

Kepada semua ALUMNI TJTIAS....Sumbangan anda dialu-alukan bagi mengisi Dana Anugerah Cemerlang STTJ.

Kepada ahli koporat dan juga kontraktor yang berjaya jom menyumbang tenaga anda bagi STTJ yang tercinta......

HIGH TABLE 5'S

6 April 2012 telah berlangsung Majlis High Table kali ke 3 bagi tahun 2012.Majlis ini juga diadakan sempena kejayaan sekolah menyempurnakan kelayakan bagi penganugerahan Sijil 5's yang menjadi salah satu KPI pihak BPTV bagi semua sekolah teknik. Pelaksanaan Program 5's ini memberikan impak yang positif kepada sekolah.

High Table kali ini menghidangkan persembahan Dikir Barat daripada pelajar Tingkatan 5 Asrama.Ucapan ringkas daripada Pengetua dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program 5's sehingga berjaya dianugerahkan pensijilan 5's pada 30 Mac 2012. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga sekolah atas komitmen mereka dalam tempoh dua bulan telah membuahkan hasil.

Program selari pada hari tersebut adalah Pot Luck daripada Kelab Staf dan Guru.Pelbagai juadah telah disajikan oleh semua kakitangan sekolah dan guru-guru bagi meraikan kejayaan sekolah dan Bilik Guru di iktiraf sebagai bilik guru yang paling baik pernah di lawati oleh pegawai daripada MPC iaitu En Ismail.

Jamuan yang disediakan untuk pelajar adalah ayam golek dan guru guru di hidangkan dengan BBQ kambing dan ayam serta sausej. BBQ kambing panggang disumbangkan daripada En Khalid dan Pn Noraliza yang merupakan YDP dan Alumni sekolah.Antara juadah lain yang disediakan adalah cendol,kuih muih, nasi lemak, nasi goreng,rojak buah, laksa Johor dan mcam-macam kek serta muffin.Semua hidangan mewah yang disediakan atas inisiatif guru dan staf yang sama bersatu hati dalam menyediakan hidangan ini.Alhamdulillah

Tuesday, October 11, 2011

Budget 2012...apa perancangan kita?

Salam

Dalam membincangkan perancangan tahun 2012, saya harap pihak pengurusan dapat memasukkan agenda budget 2012 dalam membuat perancangan. Antaranya adalah gerakan Inovasi sekolah. Kerajaan memperuntuukan lebuh 100 juta bagi tujuan ini dengan kerjasama badan kerajaan dan bukan kerajaan. Dalam menuju SBT , pengurusan harus peka dengan peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam mencapai tahap yang lebih tinggi. Mungkin kali ini kita berpeluang ke Abu Dhabi dan 2012 ke Perancis...maka jadikan ianya sebagai target agenda tahunan kita bagi memastikan pelajar kita dan guru juga berpeluang meneroka bidang-bidang diperingkat antarbangsa.

Dalam budget 2012 juga pembangunan modal insan sangat di titikberatkan, maka perlulah kita merancang banyak program yang akan membina jatidiri pelajar dan bersifat hands -on. Manusia hari ini tidak hanya melihat segulung ijazah sahaja...ada value added...nilai tambah yang memntapkan penampilan pelajar dan sebagai sokongan kepada mereka untuk menempatkan diri mereka dalam masyarakat. Tranformasi pembinaan modal insan telah kita mulakan dengan teknik CASIC.....CONNECT, ACKNOWLEDGE,SERVE,INQUIRE,CHOICE........dengan maklumat ini kita boleh menetapkan goal dan KPI peringkat sekolah.

Program jalinan, jaringan,hubungan antarabangsa, ALUMNI,PIBG semuanya dapat membantu meningkatkan nama sekolah dan diiktiraf sebagai institusi pendidikan yang unggul. Anugarah PIBG cemerlang juga boleh dijadikan sebagai batu loncatan bagi kita melonjakkan prestasi baik dalam bidang kurikulum ataupun kokurikulum.

Semua perancangan samada KURIKULUM,KOKURIKULUM atau HEM harusalah seimbang. Kita tidak hendak melahirkan pelajar yang ulat buku semata-mata, apa yang kita hajati adalah "all rounder student" .Karisma terserlah semasa dibangku sekolah dan tampil sebagai fraduan yang proaktif dan seterusnya dapat menerajui masyarakat. Dalam mengejar habuan duniawi jangan di lupa program yang bersifat ukhrawi. Pemanatapan nilai-nilai agama dari dalam diri pelajarlah yang mendorong pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Semuga saranan ini dapat dimanfaatkan bersama.

Pengalaman yang tidak dapat ku lupakan.

Assalamualaikum wb.

Buat sekian kalinya saya dapat melabuhkan pena bagi mengemaskini data HEM yang telah lama sepi. Manusia merancang dan Allah juga merancang, maka perancangan Allah yang paling tepat. Kita terima qada dan qadar daripada Allah.

Saya suka berkongsi maklumat status terkini saya . Buat masa ini saya masih bercuti disebabkan musibah yang berlaku pada tanggal 15 September yang lepas.Telah hampir satu bulan saya tidak menjejak kaki ke sekolah. Saya berpeluang bersama dengan warga STTJ semasa sambutan Hari Raya Perdana pad 7 September yang lepas. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan selepas itu saya diamanahkan untuk memantau asrama sekolah teknik zon selatan iaitu Johor Darul Takzim. Bersana saya ada dua penyelia asrama dan seorang warden.Kami telah pergi ke Muar, Batu Pahat, Segamat dan juga Kluang, memantau sekolah Vokasional disana. Pada hari ke 4 saya dan Warden SMT PD meneruskan misi pemantauan ke SMV Kota Tinggi. Malang tidak berbau, saya terlibat dalam kebakaran di Hotel Rest inn di mana tempat kami menginap. Hotel tersebut tidak jauh dari jalan ke sekolah Vokasional Kota Tinggi.

Sebelum kejadian saya berchatting dengan anak yang keempat , Umi Kalthum yang sedang belajar di UKM. Selepas itu bersahur untuk menghabiskan puasa 6 syawal yang berbaki satu hari lagi.Lebihkurang pukul 1.30 pagi saya baru melelapkan mata dan dalam keadaan sedang lena saya mendengar bungi deringan loceng. Lebih kurang jam 3 pagi.....Dalam keadaan mamai saya bingkas bangun dan terlihat asap mula masuk ke bilik . Dalam situasai panik saya cuba menyarungkan jubah dan tudung...tapi hampa kerana tangan kiri yang sakit tidak dapat membantu saya menyarung jubah.Dengan tidak berlengah saya terus mencapai handbag dan juga telefon bimbit dan bergegas keluar. Sebaik sahaja pintu dibuka, saya lihat kepulan sasp hitam yang pekat memenuhi ruang laluan bilik . Dalam kegelapan saya cuba juga bergerak dan tercapai tangan seseorang.Suasana ketika itu sungguh gelap dan di tingkat bawah tidak kedengaran suara . Dalam ketidaktentuan arah saya bergerak ke bahagian hujung bilik dimana disitu tiada laluan keluar. Dikiri dinding, dikanan dinding dan di depan dinding. Tiba-tiba kedengaran letupan demi letupan. Laungan Allahhuakbar saja yang sempat saya laungkan dan selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku.........
.Mungkinkah ini ajalku ?Itulah situasi yang aku hadapi ...seolah sedang bertarung dengan maut...Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku dan memberi aku peluang kedua untuk meneruskan kehidupan ini.Banyak lagi ruang untuk aku berbakti kepada agama bangsa dan negara.Peluang kita meningkatkan amal kebajikan dan menjaga adab-adab dan menjauhi maksiat agar hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah. Ini adalah kifarah atas dosa-dosa yang kita lakukan samada sedar atau tidak. Semuga ini dijadikan sepagai tauladan kepada kita semua.

Entah berapa lama saya pengsan dan bagaimana saya diselamatkan...aku tidak pasti. Apa yang pasti aku terdengan suara mereka mengangkatku ke ambulan @kereta.. dalam keadaan separuh sedar...saya muntah dan terkencing-kencing semasa batuk...mereka terus menghantar ke Hospital Koata Tinggi. Saya terjaga sekali lagi dan berada diatas strecher...katil dikiri kanan saya penuh dengan mangsa kebakaran....23 orang atau lebih. Saya minta salah seorang mangsa yang tidak berapa cedera untuk telefon rumah dan no handphone suami.Hampa tidak ada yang mengangkat panggilan tersebut. Sekali lagi saya minta jururawat yang memegang handbag saya dan mengambil telefon untuk mendail no rumah dan juga no handphone suami saya. Alhamdulillah pada pukul 5.30 pagi keluarga di Seremban dapat dihubungi. Saya dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah bagi tujuan rawatan selanjutnya. Selama 2 minggu di hospital saya telah dilawati oleh rakan warga pendidik Johor, Kenalan UTM, ahli IKRAM Johor, ahli IKRAM Negeri Sembilan , saudara mara dari Melaka dan anak-anak murid yang berada di Johor. Alhamdulillah berkat doa dan sokongan semua kenalan dan saudara mara, Allah pulihkan kesihatan saya seperti sediakala. Sepanjang berada dalam wad kebakaran saya tetap tunaikan amanah saya sebagai hamba Allah, solat dalam keadaan duduk dan berbaring. Terimaksih kepada semua sahabat yang memberi sokongan moral menghadapi saat-saat getir ini. Saya juga merakamkan penghargaan kepada pihak BPTV dan Juga JPNS atas keprihatinan anda dan sanggup turun ke Johor Bahru menziarahi saya.
Juga tidak lupa kepada suami dan keluarga tercinta kerana sentiasa berada disisi saya dalam saat-saat saya memerlukan perhatian dan sokongan agar tabah menghadapi ujian.

Sesungguhnya Allah menguji kamu..untuk melihat sejauh mana keimanan kamu..adakah kamu mengku telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?

Tuesday, June 14, 2011

Motivasi dan aku janji pelajar SPM




Post Mortem selepas dua minggu berlangsung kursus motivasi memberikan satu impak positif kepada pelajar Tingkatan 5. Adalah diharapkan pelajar dapat mengotakan apasaja akujanji yang telah di meterai bersama dengan ibubapa. Suasana yang sungguh intim antara ibubapa dan anak-anak menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar. Suasana unik ini menyebabkan guru , pengendali , ibubapa menitiskan airmata bagaikan mutiara tanpa dapat di sekat mengalir lajunya bak arus sungai yang mengalir deras.

Keinsafan terpancar di wajah anak-anak dan pengharapan ibubapa tampak menggunung tinggi. Kelegaan terasa dalam dada ibubapa dan kerisauan reda dengan janji dan tekad yang di luahkan oleh anak-anak.

Pihak pengendali juga menyatakan impak yang lebih baik jika semua pelajar dapat menghayati sesi motivasi ini secara keseluruhannya. Perkongsian dengan rakan mungkin dapat memberikan satu perubahan dalam sikap dan jatidiri pelajar. Kehadiran ibubapa pada hari terakhir bertambah dan komen ibubapa amat positif atas usaha pihak sekolah dalam memastikan pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang.

Tema menyemai kasih dan menuai sayang...dalam Keindahan bersamamu iaitu bersama Allah, Rasul , ibubapa dan rakan memang merupakan program yang sangat berkesan.

Terima kasih kepada semua pengendali daripada Team IKRAM Melaka dibawah kendalian KRJ Inspiration.
Syabas kepada Kelab Bimbingan dan Kaunseling atas penganjuran program ini.

Monday, May 30, 2011

aktiviti sepanjang cuti sekolah

Sepanjang cuti sekolah ada bebrapa aktiviti yang berlaku .

Latihan sofbol
Latihan bolajaring untuk KAT
Editing Video untuk Suborbital spaceship
Karnival Kejohanan antara teknik

Pelajar akan bertolah ke Kuantan Pahang pada minggu hadapan . Pasukan RC - Smart hanger dan pasukan bolajaring akan mewakili Zon Selatan di kejohanan tersebut.

Tahniah kepada kedua pasukan tersebut dan guru pengiring.
Pn Hjh Norhayati
Pn Rasidah
Pn Hamidah

InsyaAllah barisan pengurusan akan bersama dalam majlis tersebut.

Saturday, May 28, 2011

Kursus Motivasi pelajar Tingkatan 5

Salam
Hari ini 28 Mei sedang berlangsung kursus motivasi pelajar tingkatan 5 dalam Dewan STTJ. Pelajar yang mendaftar berjumlah 174 pelajar daripada 330 pelajar Tingkatan 5. Kehadiran yang amat mengecewkan. Siri pembangunan sahsiah pelajar merupakan satu program yang telah dibincangkan dalam belanjawan dan ditampung oleh PIBG. Dengan tiada kerjasama daripada pihak ibubapa akan mengagalkan apa jua perancangan sekolah. Saya harapkan ibubapa memahami apa yang dihasratkan oleh pihak sekolah dalam merancang segala program bagi pembangunan insan.Pelbagai alasan dicipta bagi membolehkan mereka tidak hadir dalam program ini . Program ini juga penting bagi memastikan kemenjadian pelajar. Tanpa dorongan dan motivasi dalaman kejayaan akademik tidak akan tercapai.Mereka yang mempunyai jati diri sahaja yang akan berjaya menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.

Ibubapa yang di hormati, saya pasti anda merupakan penyokong yang paling hampir dalam menentukan kejayaan anak-anak anda. Oleh itu doakan semuga anak-anak mendapat taufik dan hidayah dalam menentukan kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah.

Kepada peserta yang sanggup berada dalam kursus motivasi ini dan dapat memberikan komitmen sepenuhnya...maka pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah atas mujahadah anda.Insya Allah ...Allah akan mempermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat....Amin...

Esok 29 Mei diharap semua ibubapa dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak bagi memastikan kemantapan akujanji dalam diri anak-anak juga menjurus kepada kejayaan mereka dalam SPM.