


Post Mortem selepas dua minggu berlangsung kursus motivasi memberikan satu impak positif kepada pelajar Tingkatan 5. Adalah diharapkan pelajar dapat mengotakan apasaja akujanji yang telah di meterai bersama dengan ibubapa. Suasana yang sungguh intim antara ibubapa dan anak-anak menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar. Suasana unik ini menyebabkan guru , pengendali , ibubapa menitiskan airmata bagaikan mutiara tanpa dapat di sekat mengalir lajunya bak arus sungai yang mengalir deras.
Keinsafan terpancar di wajah anak-anak dan pengharapan ibubapa tampak menggunung tinggi. Kelegaan terasa dalam dada ibubapa dan kerisauan reda dengan janji dan tekad yang di luahkan oleh anak-anak.
Pihak pengendali juga menyatakan impak yang lebih baik jika semua pelajar dapat menghayati sesi motivasi ini secara keseluruhannya. Perkongsian dengan rakan mungkin dapat memberikan satu perubahan dalam sikap dan jatidiri pelajar. Kehadiran ibubapa pada hari terakhir bertambah dan komen ibubapa amat positif atas usaha pihak sekolah dalam memastikan pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM akan datang.
Tema menyemai kasih dan menuai sayang...dalam Keindahan bersamamu iaitu bersama Allah, Rasul , ibubapa dan rakan memang merupakan program yang sangat berkesan.
Terima kasih kepada semua pengendali daripada Team IKRAM Melaka dibawah kendalian KRJ Inspiration.
Syabas kepada Kelab Bimbingan dan Kaunseling atas penganjuran program ini.


