Sepanjang cuti sekolah ada bebrapa aktiviti yang berlaku .
Latihan sofbol
Latihan bolajaring untuk KAT
Editing Video untuk Suborbital spaceship
Karnival Kejohanan antara teknik
Pelajar akan bertolah ke Kuantan Pahang pada minggu hadapan . Pasukan RC - Smart hanger dan pasukan bolajaring akan mewakili Zon Selatan di kejohanan tersebut.
Tahniah kepada kedua pasukan tersebut dan guru pengiring.
Pn Hjh Norhayati
Pn Rasidah
Pn Hamidah
InsyaAllah barisan pengurusan akan bersama dalam majlis tersebut.
Monday, May 30, 2011
Saturday, May 28, 2011
Kursus Motivasi pelajar Tingkatan 5
Salam
Hari ini 28 Mei sedang berlangsung kursus motivasi pelajar tingkatan 5 dalam Dewan STTJ. Pelajar yang mendaftar berjumlah 174 pelajar daripada 330 pelajar Tingkatan 5. Kehadiran yang amat mengecewkan. Siri pembangunan sahsiah pelajar merupakan satu program yang telah dibincangkan dalam belanjawan dan ditampung oleh PIBG. Dengan tiada kerjasama daripada pihak ibubapa akan mengagalkan apa jua perancangan sekolah. Saya harapkan ibubapa memahami apa yang dihasratkan oleh pihak sekolah dalam merancang segala program bagi pembangunan insan.Pelbagai alasan dicipta bagi membolehkan mereka tidak hadir dalam program ini . Program ini juga penting bagi memastikan kemenjadian pelajar. Tanpa dorongan dan motivasi dalaman kejayaan akademik tidak akan tercapai.Mereka yang mempunyai jati diri sahaja yang akan berjaya menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.
Ibubapa yang di hormati, saya pasti anda merupakan penyokong yang paling hampir dalam menentukan kejayaan anak-anak anda. Oleh itu doakan semuga anak-anak mendapat taufik dan hidayah dalam menentukan kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah.
Kepada peserta yang sanggup berada dalam kursus motivasi ini dan dapat memberikan komitmen sepenuhnya...maka pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah atas mujahadah anda.Insya Allah ...Allah akan mempermudahkan segala urusan anda dunia dan akhirat....Amin...
Esok 29 Mei diharap semua ibubapa dapat meluangkan masa bersama dengan anak-anak bagi memastikan kemantapan akujanji dalam diri anak-anak juga menjurus kepada kejayaan mereka dalam SPM.

Wednesday, May 11, 2011
Mesyuarat Sidang Redaksi
11 Mei 2011 telah diadakan satu mesyuarat kerja bagi sidang redaksi SMTTJ sesi 2011.
Mesyuarat dipengerusikan oleh En Jamhuri Bin Mohd Jamil selaku ketua majalah bergerak bagi tahun ini. AJK guru bagi majalah ialah Pn Hjh Ramlah bte Abd Jalil, Pn Hjh Norhayati bte Abd Ghani, Pn Noorul Khairien binti Abd Malek,Pn Chun Kwee Fua dan Pn Lee Soh Hion. Pemilihan Ketua Editor , Saudari Abir Izzati dan penolongnya ialah saudara Hafizuddin. AJK pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Towards innovation and excellent bertemakan Karya kreatif bermaklumat dengan konsep album bermaklumat.
Pertandingan cover majalah akan diadakan bagi mencungkil bakat kreatif pelajar.
Sumbangan artikel boleh dimuatkan dalam website dengan menghantar email ke email sekolah; smttj06@yahoo.com
Sumbangan artikel yang terpilih akan mendapat penghargaan daripada pihak sekolah...
BERGERAK SEIRING KECEMERLANGAN YANG BERTERUSAN........

Sunday, May 8, 2011
Lawatan SMK AHMAD , Pekan Pahang
Selamat Datang kepada Pengetua, PK , GKMP dan Guru SMK Ahmad, Pekan Pahang.
Senarai aktiviti minggu ini dan laporan kejayaan
Minggu 3-7 Mei adalah minggu yang paling sibuk dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum , iaitu persatuan dan juga unit beruniform.
Antara kejayaan dan aktiviti yang dilaporkan adalah seperti berikut.

- Lawatan kecemerlangan JPNS
- Perkhemahan Kadet Polis- Pencapaian Johan keseluruhan Negeri
- KAT (Robotik )SMV Juasseh-Ketiga
- Silat MSSNS- 1 emas, 2 perak, 3 gangsa- NurAmalina wakil Negeri
- KASTEK- 5 JOHAN -Solar car, solar boat, roket launcher open/ target,Fotografi (Wakil Negeri keperingkat kebangsaan)
- Pertandingan kawad kaki NGO- Puteri Islam dan Pengakap( Ketiga Daerah)
- Bolajaring- Johan Zon KAT, Johan Negeri (Wakil Kebangsaan)
- Kadet POLIS- Johan Pandu Arah Negeri(Nurul Asyikin wakil Negeri)
- Pertandingan Rekacipta - Ampaian sensor kedua
- Pertandingan Softbol Ketiga Negeri
- Pertandingan Bolasepak Ketiga Negeri.
Saturday, May 7, 2011
Majlis Anugerah Cemerlang dan Hari Terbuka Asrama
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Hari Terbuka Asrama SMTTJ telah dijayakan dalam suasana meriah dengan kehadiran bekas pelajar ALUMNI TJ TIAS. Majlis julung kali dirasmikan oleh Presiden ALUMNI ,Tn Hj Rusly bin Hassan @Nasution juga merupakan Presiden Majlis Perundingan ALUMNI SMT /SMV Kebangsaan(MALTIVO). Beliau juga merupakan Ketua Pelajar yang pertama semenjak penubuhan Teknikal Institution pada 1973.
Selepas perubahan nama TI kepada Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar , sekolah menempa sejarah dengan mencemar kebawah Duli YAM Tuan ,Tuanku Jaafar bagi perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan setiap dua tahun sekali.
Majlis Anugerah kecemerlangan juga pernah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan , YB Dato Fuad Zakarshi pada tahun 2009.Pada tahun 2010 Majlis Anugerah Kecemerlangan disempurnakan oleh Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.
Majlis pada hari ini telah di mulakan dengan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG , En Shahrin juga merupakan Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling JPNS.Dalam ucapan beliau menekankan keseimbangan dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek termasuk sosial mestilah di titikberatkan dalam pendidikan. Transformasi Votech merupakan satu daripada aspek mengarusperdanakan pendidikan pada masa kini. Malaysia hanya mensasarkan 20 % keperluan tenaga mahir buat masa sekarang. Berbanding dengan Indonesia, 50% tenaga mahir telah mula memenuhi pasaran kerja.Keperluan ini penting bagi menjamin kesinambungan dalam menjayakan negara kearah negara industri pada masa akan datang. Komitmen semua pihak penting dalam mencapai kejayaan sepertimana yang disasarkan dalam KPI dan juga NKRA pendidikan di negara kita.
Dalam ucapan Pengetua , Pn Hjh Noraziah bte Ramli, beliau mewar-warkan beberapa kejayaan pelajar pada tahun ini samada di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan membuktikan kerjasama dan komitmen semua pihak penting bagi kejayaan organisasi.
Dalam ucapan perasmian Tn Hj Rusly beliau menekankan tentang transformasi Votech dalam mencorakkan arus pendidikan dinegara ini. Malaysia hanya menyediakan 10% pendidikan teknikal kepada pelajar berbanding dengan Indonesia telah mencapai 50% pendidikan berasaskan kemahiran. Dalam perasmian hari terbuka asrama , beliau menekankan tentang kepaentingan 5's dan juga semangat gotong royong dalam kalangan warga asrama.
Perasmian Hari Terbuka Asrama disempurnakan dengan gimik belon gas yang dilepaskan dan tetamu di hidangkan dengan juadah dan dibawa melawat keasrama dan juga surau
Kehadiran para tetamu dan juga ibubapa yang juga merupakan ALUMNI TJ TIAS telah memeriahkan suasana pada hari ini. Seramai 63 pelajar menerima anugerah pencapaian SPM terbaik,40 guru menerima hadiah penghargaan ,18 menerima hadiah pencapaian semasa(tg 4) dan juga 4 pelajar menerima hadiah penghargaan Pengetua. Saudari Nur Hanisah bte Abd Hamid telah dinobatkan sebagai "Student of the Year" iaitu pelajar terbaik keseluruhan.

Karnival Sains dan Teknologi(KASTEK) 2011
Pada 3.4 dan 5 Mei telah diadakan Karnival Sains dan teknologi Peringkat Negeri bagi tahun 2011 bertempat di SMK Panchor. Karnival ini merupakan acara tahunan bagi memupuk budaya Sains dan tekonologi serta budaya inovasi dalam kehidupan seharian.
Sekolah telah menghantar seramai 6 pasukan iaitu :-
1. Solar boat race
2. Solar car race
3. Roket Launcher
4.Roket Open kategori
5.Inovasi Sains
6. Photography
Lima daripada enam penyertaan telah meraih Johan dalam pertandingan ini. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 5 hb Mei 2011. Sekolah telah menghantar beberapa guru sebagai pengiring peserta merangkap hakim pertandingan.Terima kasih diucapkan kepada En Alias Ali, Pn Azlinda, Pn Ruzimah , En Au Sou Liang yang telah memberikan sumbangan dalam menjayakan karnival tersebut . Tahniah juga kepada Pn Hamidah yang telah mengiringi pelajar dalam pertandingan inovasi sains (projek ampaian ).
Tahniah juga kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian dalam semua pertandingan yang diadakan. Kejayaan anda kebanggaan kami.

Lawatan Kecemerlangan SPM 2010 JPNS
Pada 3 Mei 2011 Wakil JPNS Tn Hj Hashim telah melawat SMTTJ bagi menyampaikan sijil Kecemerlangan SPM 2010 .Majlis penyampaian telah diadakan di hadapan 658 pelajar di Dewan Besar Tuanku Jaafar. Dalam ucapan beliau telah memberikan 5 petua kejayaan kepada pelajar.
Petua kejayaan pelajar adalah:-
1. Keazaman yang mantap
2. Usaha yang berterusan
3. Keberkatan dan restu ibubapa dan guru
4. Menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan
5. Tawakkal dan doa.
Pelajar diingatkan supaya memberikan fokus kepada apa jua aktiviti yang dijalankan.Ucapan Tahniah Syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam memastikan kejayaan anak didik di STTJ.

Friday, May 6, 2011
PERHIMPUNAN BULANAN KALI PERTAMA
Pada 28 April 2011 kita dapat menyaksikan seramai 80 warga STTJ berhimpun untuk meraikan hari lahir, pegantin baru dan kelahiran anak pertama di STTJ.Hadiah hari lahir khusus untuk mereka yang lahir pada Januari, Februari , Mac dan April. Perhimpunan bulanan ini merupakan siri pemantapan silaturrahim antara warga STTJ.
Slot perhimpunan bulanan kali ini di hadiri oleh Pakar Pemakanan dan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Daerah Port Dickson. Beliau menerangkan tentang kesihatan mental dan tip menjaga kesihatan. Tips menangani stress dengan kaedah 10 B.Antaranya adalah
1. Bertenang
2. Berkata pada diri"relaxla"
3. Bersenam/beriadah
4. Berzikir
5. Bersikap positif
6. Berkongsi masalah dengan orang lain.
Sesi perhimpunan bulanan ditutup dengan penyampaian hadiah dan juga penyampaian cenderamata kepada penceramah iaitu Dr Marian Abd Manap.
Ada komen tentang Kaedah Fight atau Flight bagi menangani stress....apa pendapat anda?

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA ANUGERAH CEMERLANG DAN HARI TERBUKA ASRAMA
Program gotong royong perdana dan 5's dijalankan pad 23 April 2011.
Proram ini bertujuan untuk meningkatkan kecerian dalam kawasan sekolah dan asrama. Antara aktiviti yang diajalankan adalah:
1. Membersihkan kawasan asrama dan membaiki ampaian.
2. Membuat landskap kawasan dewan besar dan aspura,aspuri.
3. Mengecat surau dan asrama
4. Membersihkan kelas.
5. Mengemas bengkel dan juga kawasan persekitarannya.
6. Projek membina padang petanq.
Program gotong royong bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tgh.Juadah disediakan oleh pihak dewan makan asrama.
SEMANGAT MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT TELAH DIAMALKAN OLEH WARGA STTJ SEJAK ZAMAN BERZAMAN.
Semua guru yang telah menjayakan gotong royong perdana diucapkan terima kasih.
Gotong royong ini merupakan siri pemantauan asrama dan juga program 5's yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Subscribe to:
Posts (Atom)