Thursday, April 21, 2011

ANUGERAH KO-KURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID TERBILANG 2010

Majlis Anugerah Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid Terbilang JPNS 2010 kali ke 9 telah berlangsung di Glory Beach ResortPort Dickson pada 21 April 2011.

Majlis anugerah berprestij ini telah di rasmikan oleh YB Dato' Shamsulkahar B. Mohd Deli ,Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Anugerah tertinggi ini juga mendapat tajaan daripada kerajaan Negeri Sembilan.Anugerah ini di beri sebagai pengiktirafan kepada sekolah dan individu yang telah mengharumkan nama Negeri Sembilan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.Diperingkat antarabangsa ,sebanyak 28 pencapaian iaitu 8 Johan, 5 naib johan dan 15 tempat ketiga telah diperolehi oleh pelajar . Bakat ini perlu digilap dari masa ke masa . Adalah menjadi harapan kepada pihak pengurusan untuk melihat lebih banyak lagi kejayaan di perolehi oleh pengurusan akademik, ko kurikulum dan juga hal ehwal murid.

YB Shmasolkahar dalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh pelajar dan guru dalam membina ketrampilan pelajar dan jati diri bagi menjana modal insan yang berkualiti dan bertaraf dunia.Dasar pengambilan 10% markah ko-kurikulum sedikit senyak dapat menyuntik semangat dan mengujudkan dayasaing dalam kalangan pelajar. Semangat ini penting bagi melahirkan pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi dan dapat mencetuskan ide bagi memajukan organisasi. Majlis ini juga sebagai penghargaan kepada pekerja dan juga ganjaran bagi mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Anugerah ini juga sebagai satu usaha memartabatkan profession perguruan dan perangsang kepada warga pendidik untuk membaiki kualiti, bekerjasama , amanah,dedikasi dan seterusnya melahirkan budaya kerja Cemerlang.

Anugerah yang dimenangi oleh SMT Tuanku Jaafar ialah:-

ANUGERAH PENGURUSAN DEWAN MAKAN TERBILANG-KATEGORI SBP/TEKNIK DAN SABK.

SMT Tuanku Jaafar membawa pulang Trofi+Sijil +RM 1000.

Wednesday, April 20, 2011

KEJAYAAN BERGANDA DAERAH SEREMBAN

SALAM

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TELAH MERAIH KEJAYAAN DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM.





  1. JOHAN BOLASEPAK DAERAH SEREMBAN 2


  2. JOHAN BOLA JARING DAERAH SEREMBAN 2


  3. JOHAN SOFBOL DAERAH, KEDUA NEGERI(P),KETIGA NEGERI(L)


  4. JOHAN BOLABALING SEREMBAN 2


  5. KETIGA BOLATAMPAR


  6. JOHAN PERBARISAN KAWAD KAKI GO -PKBM (LAUT)


  7. KETIGA KPA DAERAH SEREBAN 2


  8. KEDUA PERTANDINGAN REKACIPTA KAT ZON NS MELAKA


PERTANDINGAN PIDATO SEMPENA KARNIVAL MEMBACA NS

TajukPidato

Peranan belia dalam membendung jenayah
Belia bebas jenayah
Rakyat didahulukan ,pencapaian diutamakan
Bangsa berilmu bangsa berjaya
Budi bahasa budaya kita
Kebersihan alam sekitar warisan negara
Keluarga penyemai peribadi mulia
Masyarakat membaca masyarakat berilmu
Pengguna bijak ekonomi melonjak
Belia berilmu neara maju

Terbuka kepada semua remaja 17 tahun keatas.
Tarikh pertandingan: 23 April 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat :Perkarangan Perpustakaaan Negeri, Seremban.
Hubungi :0164124765
Pejabat BELIA DAN SUKAN PAROI
fAX: 067645780
TEL:067631806

SYARAT PEMARKAHAN:
ISI:25 MARKAH
BAHASA: 20 MARKAH
PENYAMPAIAN: 45 MARKAH
ADAB: 5 MARKAH
BONUS: 5 MARKAH.

ANJURAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH SEREMBAN.

KAT ZON NS MELAKA

Pada 13 April yang lepas berlangsung pertandingan KAT bagi Roket Launcher, Solar Car Race dan Solar Boat Race peringkat Zon NS Melaka. Pertandingan ini melibatkan sebanyak 11 buah sekolah Teknik dan Vokasional sekitar Melaka dan Negeri Sembnilan.

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar menjadi tuan rumah buat kali kedua untuk pertandingan ini. Pertandingan dimulakan dengan taklimat oleh Penyelaras Kebitaraan , Pn Siti Norbaya Brahan. Taklimat hakim dan taklimat peserta telah diadakan di Dewan Kuliah, Pavilion dan juga di gelanggang bola jaring.

Semua pasukan telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjuarai pertandingan dalam kategori masing-masing. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban, Pn Hjh Noraziah bte Ramli.

Pemenang


  • Kategori Solar Boat-SMTTJ

  • Solar Car Race-SMV Kuala Klawang

  • Rocket Launcher-SMTTJ
Pasukan Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar telah muncul sebagai juara keseluruhan dengan mengalahkan pasukan Sekolah Menengah Teknik Kuala Klawang.

Sunday, April 10, 2011

Ceramah Pengurusan Kelas dan kecergasan

Salam Unit Latihan dan Perkembangan Staf telah menganjurkan kursus diatas pada hari Sabtu 9 April 2011.Ceraah telah disampaikan oleh Pn Hjh Minah Ahmad dan En Ahmad Suhaimi bin Abdul Rahim. Ceramah kecergasan dimulakan pada pukul 9 pagi . Sesi dimulakan dengan regangan ringan oleh Cikgu Saiful Shahril. Banyak input yang telah disampaikan tentang kecergasan dan tip penjagaan kesihatan. Semuga warga STTJ akan terus sihat mental dan fizikal. Ketahanan kedua-dua aspek ini penting demi tugasan kita sebagai guru untuk mendidik anak bangsa generasi millenium. Selepas ceramah kesihatan , perkongsian tentang pengurusan kelas telah di sampaikan oleh PKHEM. Sesi dimulakan dengan aktiviti buka minda dan seterusnya ceramah tentang penguirusan kelas telah dijalankan selama 1 jam. Sesi ceramah telah di selang seli dengan sesi aktiviti santai dan luahan rasa guru .Perkongsian ini adalah sesuatu yang amat menarik dan memberi makna kepada warga guru STTJ. Terima kasih kepada semua guru kerana memberikan komitmen hingga ke akhir kursus berjalan. Walaupun penceramah terdiri daripada warga STTJ, tetapi kedua penceramah telah menunjukkan komitmen dan dapat menarik perhatian peserta . SYABAS GURU STTJ.......RAMAI LAGI BERPELUANG UNTUK MEMBERI SUMBANGAN IDE!!!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm

Thursday, April 7, 2011

AKTIVITI HUJUNG MINGGU INI

Beberapa aktiviti berlangsung sepanjang bulan April

  1. Kejohanan Bolajaring Daerah 7 April

  2. Pertandingan choral Speaking 7 April

  3. Pertandingan Pantun Daerah 7 April

  4. Bengkel Solar car, Solar Boat dan Roket Launcher 8.9.10 April

  5. Kursus ULKS 9 APRIL

  6. Pertandingan Solar Car,Solar boat dan roket launcher Peringkat Sekolah 11 April

  7. Majlis Penyerahan Mentor Mentee 2011, 11 April

  8. Majlis penghargaan Sijil Peringkat Kebangsaan 12 April 2011, SK TTDI, Damansara

  9. Pertandingan KAT Solar Car, Solar Boat dan Roket Launcher 13 April 2011.

  10. Kejohanan Sofbol (Wanita) 14 April

KEJAYAAN TERKINI

Tahniah kepada semua mereka yang terlibat

  1. Johan bolajaring Daerah S2

  2. Penghargaan pusingan kelayakan peringkat kebangsaan rekabentuk kapalangkasa Suborbital

  3. Suku akhir pantun peringkat negeri

  4. Penyertaan Choral Speaking Peringkat Daerah.

Wednesday, April 6, 2011

KURSUS PENGURUSAN KELAS

Salam Semua wara STTJ Satu kursus akan diadakan pada 9 hb April 8.30 pagi hingga 12 tgh. Kursus pengurusan kelas akan dijalankan oleh PKHEM dan kecerdasan akan dijalankan oleh En Suhaimi. Pelajar rekacipta akan mengikuti sesi bengkel untuk pertandingan solarcar,solar boat dan juga roket pada 9.10,11 April 2011.Semua pelajar rekacipta dan juga peserta WAJIB hadir.

TAHNIAH REKACIPTA

Salam Pasukan SURIA STTJ BERJAYA KEPUSINGAN AKHIR merekabentuk kapal angkasa aerospace suborbital peringkat kebangsaan. Kumpulan ini akan mendapat sijil di SK Taman Tun Dr Ismail pada 12 April jam 8 pagi.Semua ahli kumpulan akan berpeluang mengikuti rombongan ke sana. Pertandingan ini adalah peringkat kebangsaan.

Tuesday, April 5, 2011

KEJAYAAN SEKOLAH 2011

Tahun 2011 menyaksikan beberapa kejayaan yang dicapai terutama dalam ko-kurikulum

  1. Kejohanan golf tempat ketiga

  2. Renang MSSM tempat ketiga -individu

  3. Renang MSSM tempat kedua Acara kumpulan

  4. Johan daerah S2 Bolasepak

  5. Sofbol perempuan tempat kedua Negeri

  6. Sofbol lelaki tempat ketiga negeri

  7. Tempat kedua polo air

  8. Bolajaring terbuka USIM tempat kedua

  9. Solar car race UTM tempat ketiga.

Friday, April 1, 2011

AKTIVITI ASRAMA

AKTIVITI ASRAMA TAHUN 2011

  1. Pendaftaran Tg 4

  2. Pemantauan Asrama oleh Pengarah BPTV

  3. Gotong Royong dan Pelancaran 5's

  4. Jamuan perdana Asrama Sempena Minggu Orientasi

  5. Kuliah Subuh

  6. Tazkirah Jumaat

  7. Kuliah Maghrib

  8. Senamrobik

  9. Kuliah bulanan

  10. High Table dan majis penyampaian hadiah hari lahir dan juga pencapaian ko-ko dan akademik

  11. Sukan Tarik tali Aspura

  12. Lawatan /Karnival Jom Masuk U

  13. Motivasi Pelajar AJK Asrama

  14. Motivasi Pengawas

  15. Motivasi Badar.

  16. Lawatan penanda arasan SMV Kluang ke SMTTJ

  17. Gotong-royong dan pemantauan asrama Mingguan.

Program terdekat GOTONG ROYONG SURAU DAN ASRAMA


HARI TERBUKA ASRAMA SEMPENA ANUGERAH CEMERLANG

Projek robotik kolaborasi bersama Politeknik Port Dickson.

PROMOSI SEKOLAH DALAM KENANGAN

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja'afar, Seremban - Ke Arah Institusi Cemerlang Bertaraf Dunia 2012 [Wednesday, June 24, 2009 1 comments ] SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu SEBAGAI sebuah sekolah menengah aliran teknik terkemuka di negara ini, Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ), Seremban sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi cemerlang bertaraf dunia menjelang 2012. Pengetuanya, Arshad Md Yusof, berkata kebitaraan itu termasuk reka cipta dan Inovasi, sukan sofbol serta bola jaring sentiasa dipantau pencapaiannya lebih-lebih lagi selepas mendapat taraf Kluster dua tahun lalu.Beliau berkata, pihaknya terus memberi fokus bidang akademik apabila berjaya mencatat keputusan lulus 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak lima tahun lalu.“Pada masa sama kami menggalakkan kerjasama di kalangan 721 pelajar dan 63 tenaga pengajar dalam setiap kegiatan dijalankan,” katanya kepada Berita Harian.Mengenai pemilihan kebitaraan, Arshad berkata, sukan sofbol dipilih berdasarkan tradisi kecemerlangan dicapai STTJ yang menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997 di bawah jurulatihnya, Radin Khalid Radin Husin. SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu. Katanya, kemampuan pasukan itu mengekalkan pencapaian cemerlang diteruskan apabila menjuarai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan pada Kejohanan Antara Teknik Seluruh Malaysia, Mei lalu.Selain itu, katanya, sukan bola jaring juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih naib juara peringkat kebangsaan pada 2006, 2007 dan 2008 pada Sukan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan.Sejajar moto ‘Teknologi Asas Kemajuan’ reka cipta dan inovasi dipilih STTJ dan ia memberikan kelainan kerana memfokus inovasi tenaga solar.“Antara projek sedang dan sudah dijalankan termasuk penggunaan palang pagar utama pada pintu masuk sekolah, kincir air di Taman Suria STTJ dan pembinaan kereta yang diusahakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sekali gus persediaan menyertai Kejohanan Cabaran Kereta Solar Antarabangsa di Australia pada 2011."Projek yang dilancarkan Mei lalu menarik minat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, seterusnya mencadangkan inovasi berkaitan reka cipta dan teknologi diperkenalkan di semua SMT pada masa akan datang,” katanya.Beliau berkata, keperluan industri kini memerlukan ramai tenaga separuh mahir bidang berkenaan dan SMT mampu menyediakan keperluan asas dalam bidang kerjaya berkaitan.Katanya, bagi meningkatkan pencapaian STTJ menjalin kerjasama dengan UTM, Universiti Teknikal Melaka, beberapa politeknik dan industri bagi berkongsi kepakaran disamping memotivasikan pelajar secara berterusan. “Sekolah kami dipilih menyertai Projek GenYES (Youth & Educators Succeeding) anjuran Malaysian Student Technology Leaders (MYSTL) yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara menjadi perintis projek ini.“Program membabitkan 30 pelajar bertujuan membantu guru menyelesaikan masalah berkaitan komputer sebagaimana dilaporkan laman web GenYES,” katanya.Menurut beliau, MYSTL banyak membantu sekolah meningkatkan perkakasan komputer dan kemahiran pelajar serta guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. SMT premier yang menjadi pilihan lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah termasuk SMT Johor Bahru, Johor; SMT Bukit Piatu, Melaka; SMT Cheras, Kuala Lumpur; SMT Kuantan, Pahang; SMT Ipoh, Perak; SMT Batu Lanchang, Pulau Pinang; SMT Alor Setar, Kedah dan SMT Kuala Terengganu, Terengganu. INFO: Pencapaian STTJ Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003 Johan 3K Peringkat Kebangsaan 2003 Naib Johan Negeri Sofbol 2006 Anugerah Koperasi 5 Bintang 2006 Anugerah Khas Koperasi Peringkat Negeri 2007 Anugerah khas Guru Koperator Negeri Sembilan2007 Anugerah Dewan Makan Asrama Terbaik Negeri 2008 Johan petanque Negeri Sembilan 2008 Johan Sofbol Negeri 2009.

SERAH TUGAS KAWALAN KESELAMATAN

Penyerahan Tugas Kawalan Keselamatan SMTTJ 2011 Pada tepat jam 12.01 minit pagi, 1 April 2011 telah berlangsung penyerahan tugasan antara pihak Kawalan Keselamatan Aura Security Services kepada pihak Kawalan Keselamatan Adazagroup Security Services. Penyerahan kuasa disaksikan oleh Pn Hjh Minah bte Ahmad ,En Johari Maamor dan En Ahmad Nzryshah Bin Khalid. Syarikat Aura Security telah diwakili oleh En Nisa dan pegawai operasi, En John manakala Adazagroup Security Services telah diwakili oleh Dato Ahmad Daud, En Fouzi, En Abdul Fatah dan En Affendy. Penyerahan kuasa berjalan lancer dan sesi ramah mesra juga turut ijalankan untuk memperkenalkan semua pengawal keselamatan yang baru berkhidmat di sekolah. Pihak Adazagroup telah mengekalkan 4 orang pengawal keselamatan yang lama dan melantik 3 orang pengawal yang baru. Dalam ucapan wakil Aura Security, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan juga kemesraan pihak pengurusan sekolah melayani segala permasalahan yang berlaku. Beliau memohon ampun dan maaf atas ketidakpuasan hati pelanggan semasa tugasan kawalan dijalankan.Pihak sekolah diwakili oleh Pn Hjh Minah juga telah merakamkan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan dimana kelemahan pihak syarikat sentiasa dibincangkan bersama .Pihak sekolah juga berharap agar pihak kawalan keselamatan yang baru akan memberikan komitmen yang lebih baik dan juga memberikan perkhidmatan sepertimana yang di meteraikan dalam kontrak perjanjian. Kegagalan pihak syarikat menjalankan tugasan akan menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan mengikut procedur yang ditetapkan oleh pihak BPTV.Dato Ahmad Daud juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan pihak sekolah dalam memilih syarikat beliau.Pengalaman ini akan memberi peluang kepada pihak syarikat melebarkan perkhidmatan dalam kawalan keselamatan.Beliau juga berharap semua pegawal keselamatan akan mengambil tanggungjawab ini secara kolektif agar semua bekerja sebagai satu pasukan yang saling bantu membantu antara satu sam lain. Setelah selesai sesi, semua pihak telah bergambar beramai-ramai dan bertaaruf antara satu sama lain.Kerja rasmi akan dijalankan mulai 1 April.Clocking akan dijalankan secara manual sehingga alat dipasang dan CCTV akan mula beroperasi dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh perkhidmatan syarikat bari.En Fouzi akan berjumpa pihak sekolah pada hari Isnin 4 April 2011 bagi procedur penyerahan peraturan syarikat dan perbincangan perjalanan syarikat bersama pihak pengurusan. Pihak syarikat juga di jemput untuk menyertai mana-mana mesyuarat pengurusan jika ada keperluan yang melibatkan kawalan keselamatan Semua Maju Jaya. Komitmen Anda Kami Hargai..


TABIK HORMAT PASUKAN BOMBA


AZIM SYAHMI MENGADAP PKHEM

KAWAD KAKI


PASUKAN KRS SMTTJ 2011

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Seakolah

Pada 30 Mac 2011 telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat sekolah.Pertandingan ini telah disertai oleh 11 pasukan beruniform termasuklah pasukan silat gayung. Pasukan yang bertanding terdiri daripada Pertubuhan kerajaan (GO) dan bukan kerajaan (NGO). Pasukan kawad kaki yang bertanding telah dipimpin oleh ketua platun pasukan masing-masing. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat)- Pasukan Kadet Polis. Persatuan Kadet Remaja Sekolah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Laut)Lelaki Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Laut)Wanita Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasukan Pengakap Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Pergerakan Puteri Islam Malaysia Pasukan Kadet Pertahanan Awam Persatuan Seni Silat Gayung Dalam majlis perasmian penutup , Tn Hj Muhammad Bin Mohd Nor telah memberikan ucapan dan menyampaikan salam takzim Tuan pengarah Pendidikan Daerah yang tidak dapat hadir pada hari tersebut. Beliau Kesyukuran dipanjatkan kpd Allah dalam majlis yang dapat diselesaikan pada hari ini. Beliau menyampaikan salam takzim daripada Pengarah. Ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Ucapan terima kasih kepada semua peserta. Ini ADALAH SIRI pemantapan diri dan membentuk karisma diri yang mantap. Pelajar dari pasif kepada aktif dan bakal menjadi pemimpin barisan hadapan dan perlu dilatih dan pelbagai aktiviti dianjurkan oleh KPM bagi tujuan mematangkan pelajar. Ini ADALAH UJIAN kepada peserta.Harapan ada peningkatan dalam aspek yang di nilai. Pasukan berjaya diucapkan tahniah dan yang tidak berjaya akan cuba berusaha dimasa hadapan. Terima kasih kepada semua pengadil yang telah mengadili pertandingan ini. Barisan Pengadil Sarjan Rusli SARJAN Anas Rosdi PW1 Mohd Zaidi Mahmud En Iskandar Abd Ghani En Nor Affandy Yusof En Ahmad Nzryshah Mohd Khalid Sijil penyertaan Kadet Polis Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat Pasukan Kadet Bomba dan penyelamat Pasukan Puteri Islam Pasukan persatuan Silat Gayung Pemenang GO Saguhati ke tiga Kadet pertahanan awam Kedua PKBM Laut Lelaki Pertama PKBM Laut Wanita(Sumbangan En Khalid Bin Lambak) Pemenang NGO Ketiga Pasukan PBSM Kedua Pengakap Pertama Kadet Remaja sekolah.(Sumbangan En Mohd Zin Abd Aziz) Ketua Platun Norhanani/PKBM Laut Wanita /