Pada 25 Mac 2011 seramai 35 pelajar dan 2 guru SMV Kluang telah datang bertamu ke SMT Tuanku Jaafar Seremban.Tujuan kehadiran mereka adalah bagi memastikan pelaksanaan 5 's dapat dilaksanakan di sekolah mereka. Pelajar asrama kedua buah sekolah berkongsi aktiviti dan juga berkongsi pandangan bagi menambahbaik asrama masing-masing.
Semuga dengan lawatan ini menjadi batu loncatan kepada sekolah kearah metlamat asrama 5 bintang.Fokus BPTV tahun ini adalah asrama 3 Bintang dan menjelang 2017 semua asrama SMT/SMV dinobatkan sebagai asrama 5 Bintang.
Perkongsian juga diharap dapat menaikan nama sekolah teknik dan vokasional juga seiring dengan transformasi Votech. Transformasi ini juga sebagai satu kaedah menambahbaik sistem pendidikan Teknik Vokasional.
Monday, March 28, 2011
MESYUARAT AGUNG PIBG 2011
Tanggal 26 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG peringkat sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Zakaria Nordin , Ahli Jawatankuasa Felda Malaysia.
Dalam ucapan beliau telah menekankan semangat kerjasama antara ibubapa dan guru bakal menentukan kejayaan anak-anak anak pada masa akan datang.Program yang dijayakan oleh sekolah akan disokong oleh ibubapa bagi mempastikan anak-anak mereka dapat mengikuti perkembangan pelajaran dengan maksima .Segala program dijalankan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar bagi mengikuti aktiviti Akademik, Ko-kurikulum dan juga Pembangunan sahsiah.
Ibubapa juga menyarankan agar sekolah menawarkan kursus biologi agar pelajar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknology, sesuai dengan apa yang disarankan oleh Khalifah Omar Al Khatab agar mendidik anak-anak mengikut zamannya.Teknology terkini lebih menekankan tentang biotechnology dan juga bioengineering.
Ibubapa juga menyarankan anak-anak didik ini disediakan dari segi kebolehpasaran. Dimana anak-anak yang keluar mempunyai ketrampilan dan imej kepimpinan. Sekolah hendaklah menyediakan pelbagai ruang dan peluang bagi pelajar mengasah bakat yang ada.
Ibubapa berharap dapat melihat program yang dijalankan oleh pihak sekolah samada dalam Akademik, Ko-kurikulum dan juga pembangunan sahsiah dan kewangan yang disalurkan digunakan semaksima mungkin.
Sekolah juga akan meneruskan segala perancangan sepertimana yang tercatat dalam takwim sekolah.InsyaAllah.

KEPUTUSAN SPM 2011
RESEPI KEJAYAAN SMTTJ “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan” “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” Antara kata-kata keramat yang sering digunakan oleh nenek moyang kita dalam membakar semangat dan membina jatidiri anak bangsa. Itulah amalan yang diikuti oleh pelajar sekolah menengah teknik untuk mencapai kejayaan. Seringkali di kategorikan sebagai golongan “average” namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memartabatkan kemampuan pelajar aliran teknikal. Ini terbukti setelah 9 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar berjaya mencapai kejayaan “ Straightb A’s”dan 15 pelajar berjaya mendapat keputusan 9A dalam PeperiksaanSPM 2010.Peningkatan pencapaian Gred Purata Sekolah juga meningkat secara ketara dimana pada tahun 2008 GPS 3.13, 2009 GPS 3.04 dan 2010 ,GPS mencapai 2.92 . Pengiktirafan sekolah sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga telah menjadi pendorong kepada kejayaan berterusan kepada sekolah.Kejayaan ini juga akan menjadi pendorong kearah pencapaian sekolah beprestasi tinggi pada 2012. Antara resepi kejayaan adalah kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar dengan bimbingan guru dan sokongan PIBG.Sejak awal kemasukan pelajar ke SMTTJ , mereka telah didedahkan dengan kursus motivasi dan akujanji yang disaksikan bersama oleh ibubapa. Akujanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan juga motivasi dalaman menghasilkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa mendapat sokongan daripada PIBG. Program pemuafakatan dan penglibatan ALUMNI dalam bidang akademik juga menyumbang kearah kejayaan sekolah. Suasana pembelajaran yang kondusif, prasarana yang baik dan guru cemerlang adalah antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar .Sekolah teknik primier ini jua antara 10 sekolah kekal sebagai aliran teknik. Pengalaman guru veteran dan juga guru junior mampu mencanai minda pelajar kritis dan inovatif.Adunan ini menjadi sebati apabila wujud saling bantu membantu antara dua kumpulan ini. Pelajar mendapat bimbingan daripada guru senior dan berkongsi masalah dengan guru junior secara tidak langsung dapat merapatkan jurang generasi. Maka proses P&P akan menjadi lebih lancar. Kegigihan warga pendidik hadir ke sekolah seawal 6.45 pagi untuk kelas “HelpDesk “antara inovasi yang di laksanakan di sekolah teknik primier ini. Budaya belajar dalam kumpulan dan budaya bertanya serta klinik matapelajaran yang dijalankan akhirnya membuahkan hasil. Pengiktirafan serta penghargaan bukan hanya kepada pembimbing pelajar malah pelajar yang berjaya meningkat prestasi juga antara factor yang mendorong kejayaan pelajar. Konsep TEAMS (Towards Excellent Achievement in Science and Mathematics) diamalkan sejak 1998 juga menguatkan asas kejayaan dalam bidang sains dan matematik . Aktiviti kokurikulum yang dianggotai oleh pelajar bukan penghalang kepada kejayaan meraih 10A.Ini terbukti apabila pelajar sofbol, bolajaring juga bidang kebitaraan SMTTJ telah membuktikan mereka mampu menyeimbangkan antara kesukanan dan pencapaian akademik yang cemerlang. Selain daripada sofbol , kebitaraan rekacipta dan inovasi juga mampu menjana kecemerlangan minda lebih-lebih lagi kepada bakal jurutera masa hadapan. Ini terbukti apabila barisan pelajar cemerlang SMTTJ adalah juga pelajar yang aktif dalam bidang rekacipta dan inovasi masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)