Wednesday, November 11, 2009

SPM JUST AROUND THE CORNER

Anak-anak didik STTJ. SPM kian hampir dengan mu. The hardest way to go. Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah pertama. SPM merupakan langkah pertama yang perlu kau tempuhi dengan penuh bergaya.Ini akan menentukan masa hadapanmu . Ayuh buat persiapan yang mampan agar kau tidak kecundang.

Bersiap siagalah kamu bila kamu di kerah untuk pergi berperang. Rasulullah akan mewajibkan pada dirinya untuk bertahajjud setiap malam sebelum berangkat memikul senjata. Ini merupakan santapan rohani yang perlu di lunaskans jika kita ingin berjaya.Kejayaan yang di harapkan bukan hanya kejayaan duni tetapi juga kejayaan di akhirat kelak.

Pendidikan merupakan aset yang amat berharga. Maka kejarlah ia dimana saja kamu berada. Ilmu yang paling berguna adalah ilmu yang memberi manfaat kepada manusia. Manusia yansg paling bijak adalah mereka yang sentiasa ingat hari matinya.

Ruangan Pendapat-SINAR HARIAN

Jam 12.30 tanggal 11 November 2009.Seorang kenalan dari media sensasi edisi NS dan Melaka,saudari Shahriza telah menghubungi saya untuk ruangan pendapat anda!

Apa pendapat anda tentang Penubuhan pasukan khas memantau blog yang mengkritik kerajaan Negeri?

Cuba kita lihat dari perspektif yang luas dan hati yang terbuka.Dalam menangani apa apa masalah yang berkaitan ,kita berbalik kepada apa yang diajarkan dalam AlQuran dan Sunnah.
" Apabila telah datang kepadamu berita dari orang yang Fasiq maka hendaklah kamu menyiasat.Sebelum kamu jatuhkan hukuman dan menerimanya sebagai berita yang benar.Berlaku adil lah kerana keadilan itu lebih hampir kepada kebenaran."

Islam diturunkan sebagai Rahmat seluruh alam. Maka hendaklah di jaga kerahmatan alam dan juga manusia yang menghuninya.

Ambillah sesuatu itu secara positif, jika ianya menepati objektif yang di tetapkan maka tidak salah untuk kita menerimanya. Wewenangan kita dalam mengimplimentasikan sesuatu perkara haruslah di hormati oleh semua pihak.Penyalahgunaannya merupakan satu kekejaman dan harus di benteras. Itu Prinsip mesti di patuhi. Sepertimana alam ini di tadbir mengikut sunnatullah , maka manusia juga harus menjalankan urusan dunia mengikut garis panduan yang di tetapkan oleh Allah dan Rasulnya.
Kenapa perlu kembali kepada Alquran dan Sunnah?

Kita sebagai manusia biasa ,pemikiran kita ada hadnya . Justifikasi yang di buat amat terbatas keupayaannya.Justeru ini ada panduan yang perlu di ikuti agar kita tidak tergelincir dari landasannya.

Amar makruf nahi mungkar adalahmerupakan satu suruhan yang digariskan dalam AlQuran. Jika sekiranya perlu di tegur dan di kritik maka hendaklah kita terima secara positif. Kritikan itu merupakan satu mekanisme untuk kita mengimbangi percaturan yang di buat . This is as a check and balance situation.Perlu ada . Lebih-lebih lagi jika kita cintakan kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Kerajaan perlu akur dengan teguran dari pihak tertentu dan jadikan ianya sebagai budaya yang sihat dalam memacu negeri kearah kemajuan yang lebih agresif.

Laman web dan blog yang bebas mengeluarkan pendapatnya adalah merupakan satu pengiktirafan kepada kebebasan bersuara.Menyekat manusia dari bercakap tentang perkara yang benar adalah satu kezaliman. Menafikan hak rakyat untuk bersuara adalah sesuatu yang tidak professional. Sekiranya kita ingin di hormati maka kita perlu menghormati orang lain.
Bertindaklah secara hikmah.Utamakan perpaduan. Berselisih pendapat itu baik . Kita dapat membina kekuatan dengan kelainan.Hormati lah hak asasi manusia.

Jika air di lautan di jadikan sebagai tinta ,maka tak kan habis ilmu untuk menulisa ilmu yang Allah berikan.

Majlis Penghargaan Program Sekolah kembar Bukit Tinggi.

11 November 2009 berlangsung majlis penghargaan pertukaran Pelajar bukit Tinggi- Seremban. Unit Menengah JPNS telah memberikan penghargaan kepada semua sekolah dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut.Sekolah Teknik Tuanku Jaafar telah menyambut kehadiran pelajar anak angkat dan SMK Pendeta Zaaba telah menjadi tuanrumah pada majlis penutupan dan penyerahan kembali anak angkat. Program ini telah berjalan dengan jayanya atas kerjasama semua pihak. Guru Pengiring, pelajar dan juga Pihak sekolah telah memberikan sokongan padu dalam menjayakan kolaborasi antara dua negara ini. Rumpun kami di Nusantara disatukan dengan ikatan Aqidah dan budaya yang sama.

Adat dikendong ibadat di junjung.

Sunday, July 5, 2009

ucapan bidang sempena bulan sains matematik

Assalamualaikum w.wb.

Yang Berusaha
Pengetua SMTTJ, GPK 1, GPK HEM,Penolong kanan Ko-ko , Gpk Tg 6 , Ketua-ketua Bidang, Guru Panitia , guru-guru dan pelajar yang dikasihi sekelian.

Sempena Bulan Sains dan Matematik,iaitu sepanjang bulan Julai, saya ingin mengambil kesempatan untuk mewar-warkan aktiviti yang akan berlaku sepanjang bulan ini.
Tema Bulan Sains dan Matematik ialah : Menjana Kecemerlangan TEAMS .

TEAMS adalah kumpulan yang diwujudkan untuk memperkasa budaya belajar dalam kalangan pelajar dengan konsep pembelajaran kooperatif dan pembimbing rakan sebaya.
TEAMS- Towards Excellent Achievement in Mathemathic and Science .

Objektif diadakan bulan ini adalah untuk menjana kecemerlangan dalam subjek sains dimana GP yang kita ingin capai adalah 3.0.Manakala pencapaian GP sekolah ialah 2.5.

Bidang Sains merasakan satu usaha bersepadu perlu di jalankan untuk menggembeling tenaga pengajar dan juga memperkasakan usaha secara pemuafakatan dijalankan bagi menyuntik semangat dan budaya belajar untuk menjana kecemerlangan.

Dua program utama sepanjang bulan ini adalah :
Kuiz Marathon(Tg 5) dan Kembara Ilmu (Tg 4)
Beberapa aktiviti lain yang dijalankan sepanjang bulan ini adalah Kuiz Olympiad Kebangsaan Kimia dan Fizik,Ceramah Teknik Menjawab Matematik,Ceramah Menjana Sainstis Wanita Cemerlang , Program Belian Fizik dan Matematik Tambahan .

Sempena Bulan Sains Matematik juga, kami mengambil kesempatan menjayakan program yang dijalankan oleh PSS untuk menggalakkan pembinaan blog warga STTJ. Oleh itu pelancaran Blog bidangsainsdanmatematik.blogspot.com akan dirasmikan oleh Pengetua .Blog ini akan dipaut bersama dengan Blog guru dalam bidang sains dan matematik.Inisiatif ini dijalankan untuk menggalakkan para guru dan pelajar dengan budayakan ICT seterusnya merapatkan jurang pendidikan sepertimana yang di sebut dalam teras 3 dalam PIPP .

Dengan pelancaran blog ini semua maklumat dapat dikongsi bersama dan disalurkan melalui rangkaian maya .Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah dan akan menjayakan Misi dan Visi SMTTJ sebagai sekolah kluster kecemerlangan dan menjayakan kecemerlangan kebitaraan menjelang 2012 .

Sekian saya sudahi dengan wabilahitaufikwalhidayah wasalamualaikumw.wb.

Facebook | Minah Ahmad

Facebook Minah Ahmad

Thursday, May 21, 2009

HIDAYAH CENTRE N9

Salam,
Sahabatku sekelian, sekiranya anda mempunyai kelapangan waktu dan juga ada kehendak membantu sudara baru, bolehlah hubungi kami Hidayah Centre Negeri Sembilan.Klien kita yang bukan Islam adalah berpotensi untuk di jinakkan dengan agama yang benar ini. Ayuh apalagi tunggu , daftarlah sebagai sukarelawan Hidayah Centre dan dengarkanlah rintihan hati kecil saudara baru kita.Bagaimana kita dapat rasakan penderitaan Bilal Bin Rabah, begitulah apa yang dihadapi oleh saudara baru kita.
Mari letakkan kita dalam situasi mereka.terpaksa berdikari dan di singkirkan daripada kaum keluarga.Hidupsebatang kara, tiada tempat mengadu.Hulurkan tangan anda dan bawalah mereka kejalan yang benar.Semuga Allah memberi petunjukkNya kepada mereka yang mencari kebenaran.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT *KBM sttj

salam

9 dan 10Mei berlangsung kursus Bina Insan -KBM sttj. Semoga kursus ini dapat menghasilkan anjakan paradigma dalam kalangan pelajar STTJ. Ayuh pelajar STTJ kamu umpama permata yang terbenamdalam lumpur yang hitam. jom asahlah kilauan kamu semuga terserlah keindahannya.

SMIWI

SELAMAT HARI IBU
NAK TAHU APA HADIAH PALING BERHARGA BAGI SEORANG IBU?
LIHATLAH KENYATAAN MEDIA WANITA DALAM NAQIB NET....

Sunday, April 19, 2009