Sunday, February 21, 2010

Antara Kerjaya dan Aktivisme

Pada hari ini 21 Febuari satu wawancara bersama wartawan Sinar Harian berlangsung di pejabat JIMNS Dataran Senawang.

Cik Sharieza telah menemubual Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia . Tujuan wawancara ini adalah untuk mengisi ruangan Disebalik dirinya. Pengalaman sebagai guru, aktivisme dan ibu juga Isteri perlu di imbangi memandangkan tugas yang di pikul adalah sangat berat. Pembahagian masa dan merancang aktiviti serta menyesuaikan keperluan mengikut kesesuaian bukanlah mudah . Dalam masa yang sama perlu memenuhi keperluan anak-anak, tugasan sebagai isteri dan juga tugasan sebagai guru atau pendidik. Sokongan keluarga, anak-anak dan suami amat di perlukan untuk menjayakan segala aktiviti atau program yang di jalankan. Alhamdulillah di kurniakan keluarga yang memahami antara satu sama lain maka tugasanyang berat ini menjadi mudah. Walau apapun sikap optomistik masa hadapan di tangan Islam memberikan dorongan kepada Guru Kanan Matapelajaran ini merangkap Ketua Wanita ini untuk terus memberikan sepenuh tenaga ini untuk usaha dakwah dan juga menyumbang bagi kepentingan mendidik generasi akan datang.Semuga setiap pengorbanan akan membuahkan hasil bagi kejayaan didunia dan di akhirat.

No comments: