Sunday, April 10, 2011

Ceramah Pengurusan Kelas dan kecergasan

Salam Unit Latihan dan Perkembangan Staf telah menganjurkan kursus diatas pada hari Sabtu 9 April 2011.Ceraah telah disampaikan oleh Pn Hjh Minah Ahmad dan En Ahmad Suhaimi bin Abdul Rahim. Ceramah kecergasan dimulakan pada pukul 9 pagi . Sesi dimulakan dengan regangan ringan oleh Cikgu Saiful Shahril. Banyak input yang telah disampaikan tentang kecergasan dan tip penjagaan kesihatan. Semuga warga STTJ akan terus sihat mental dan fizikal. Ketahanan kedua-dua aspek ini penting demi tugasan kita sebagai guru untuk mendidik anak bangsa generasi millenium. Selepas ceramah kesihatan , perkongsian tentang pengurusan kelas telah di sampaikan oleh PKHEM. Sesi dimulakan dengan aktiviti buka minda dan seterusnya ceramah tentang penguirusan kelas telah dijalankan selama 1 jam. Sesi ceramah telah di selang seli dengan sesi aktiviti santai dan luahan rasa guru .Perkongsian ini adalah sesuatu yang amat menarik dan memberi makna kepada warga guru STTJ. Terima kasih kepada semua guru kerana memberikan komitmen hingga ke akhir kursus berjalan. Walaupun penceramah terdiri daripada warga STTJ, tetapi kedua penceramah telah menunjukkan komitmen dan dapat menarik perhatian peserta . SYABAS GURU STTJ.......RAMAI LAGI BERPELUANG UNTUK MEMBERI SUMBANGAN IDE!!!

No comments: