Monday, March 28, 2011

KEPUTUSAN SPM 2011

RESEPI KEJAYAAN SMTTJ “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan” “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya” Antara kata-kata keramat yang sering digunakan oleh nenek moyang kita dalam membakar semangat dan membina jatidiri anak bangsa. Itulah amalan yang diikuti oleh pelajar sekolah menengah teknik untuk mencapai kejayaan. Seringkali di kategorikan sebagai golongan “average” namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memartabatkan kemampuan pelajar aliran teknikal. Ini terbukti setelah 9 orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar berjaya mencapai kejayaan “ Straightb A’s”dan 15 pelajar berjaya mendapat keputusan 9A dalam PeperiksaanSPM 2010.Peningkatan pencapaian Gred Purata Sekolah juga meningkat secara ketara dimana pada tahun 2008 GPS 3.13, 2009 GPS 3.04 dan 2010 ,GPS mencapai 2.92 . Pengiktirafan sekolah sebagai sekolah kluster kecemerlangan juga telah menjadi pendorong kepada kejayaan berterusan kepada sekolah.Kejayaan ini juga akan menjadi pendorong kearah pencapaian sekolah beprestasi tinggi pada 2012. Antara resepi kejayaan adalah kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar dengan bimbingan guru dan sokongan PIBG.Sejak awal kemasukan pelajar ke SMTTJ , mereka telah didedahkan dengan kursus motivasi dan akujanji yang disaksikan bersama oleh ibubapa. Akujanji untuk belajar bersungguh-sungguh dan juga motivasi dalaman menghasilkan pelajar yang cemerlang dunia akhirat. Setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa mendapat sokongan daripada PIBG. Program pemuafakatan dan penglibatan ALUMNI dalam bidang akademik juga menyumbang kearah kejayaan sekolah. Suasana pembelajaran yang kondusif, prasarana yang baik dan guru cemerlang adalah antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar .Sekolah teknik primier ini jua antara 10 sekolah kekal sebagai aliran teknik. Pengalaman guru veteran dan juga guru junior mampu mencanai minda pelajar kritis dan inovatif.Adunan ini menjadi sebati apabila wujud saling bantu membantu antara dua kumpulan ini. Pelajar mendapat bimbingan daripada guru senior dan berkongsi masalah dengan guru junior secara tidak langsung dapat merapatkan jurang generasi. Maka proses P&P akan menjadi lebih lancar. Kegigihan warga pendidik hadir ke sekolah seawal 6.45 pagi untuk kelas “HelpDesk “antara inovasi yang di laksanakan di sekolah teknik primier ini. Budaya belajar dalam kumpulan dan budaya bertanya serta klinik matapelajaran yang dijalankan akhirnya membuahkan hasil. Pengiktirafan serta penghargaan bukan hanya kepada pembimbing pelajar malah pelajar yang berjaya meningkat prestasi juga antara factor yang mendorong kejayaan pelajar. Konsep TEAMS (Towards Excellent Achievement in Science and Mathematics) diamalkan sejak 1998 juga menguatkan asas kejayaan dalam bidang sains dan matematik . Aktiviti kokurikulum yang dianggotai oleh pelajar bukan penghalang kepada kejayaan meraih 10A.Ini terbukti apabila pelajar sofbol, bolajaring juga bidang kebitaraan SMTTJ telah membuktikan mereka mampu menyeimbangkan antara kesukanan dan pencapaian akademik yang cemerlang. Selain daripada sofbol , kebitaraan rekacipta dan inovasi juga mampu menjana kecemerlangan minda lebih-lebih lagi kepada bakal jurutera masa hadapan. Ini terbukti apabila barisan pelajar cemerlang SMTTJ adalah juga pelajar yang aktif dalam bidang rekacipta dan inovasi masing-masing.

No comments: