Tanggal 26 Mac 2011 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG peringkat sekolah. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Datuk Zakaria Nordin , Ahli Jawatankuasa Felda Malaysia.
Dalam ucapan beliau telah menekankan semangat kerjasama antara ibubapa dan guru bakal menentukan kejayaan anak-anak anak pada masa akan datang.Program yang dijayakan oleh sekolah akan disokong oleh ibubapa bagi mempastikan anak-anak mereka dapat mengikuti perkembangan pelajaran dengan maksima .Segala program dijalankan bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar bagi mengikuti aktiviti Akademik, Ko-kurikulum dan juga Pembangunan sahsiah.
Ibubapa juga menyarankan agar sekolah menawarkan kursus biologi agar pelajar dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknology, sesuai dengan apa yang disarankan oleh Khalifah Omar Al Khatab agar mendidik anak-anak mengikut zamannya.Teknology terkini lebih menekankan tentang biotechnology dan juga bioengineering.
Ibubapa juga menyarankan anak-anak didik ini disediakan dari segi kebolehpasaran. Dimana anak-anak yang keluar mempunyai ketrampilan dan imej kepimpinan. Sekolah hendaklah menyediakan pelbagai ruang dan peluang bagi pelajar mengasah bakat yang ada.
Ibubapa berharap dapat melihat program yang dijalankan oleh pihak sekolah samada dalam Akademik, Ko-kurikulum dan juga pembangunan sahsiah dan kewangan yang disalurkan digunakan semaksima mungkin.
Sekolah juga akan meneruskan segala perancangan sepertimana yang tercatat dalam takwim sekolah.InsyaAllah.
Monday, March 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment