Majlis Anugerah Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid Terbilang JPNS 2010 kali ke 9 telah berlangsung di Glory Beach ResortPort Dickson pada 21 April 2011.
Majlis anugerah berprestij ini telah di rasmikan oleh YB Dato' Shamsulkahar B. Mohd Deli ,Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan. Anugerah tertinggi ini juga mendapat tajaan daripada kerajaan Negeri Sembilan.Anugerah ini di beri sebagai pengiktirafan kepada sekolah dan individu yang telah mengharumkan nama Negeri Sembilan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.Diperingkat antarabangsa ,sebanyak 28 pencapaian iaitu 8 Johan, 5 naib johan dan 15 tempat ketiga telah diperolehi oleh pelajar . Bakat ini perlu digilap dari masa ke masa . Adalah menjadi harapan kepada pihak pengurusan untuk melihat lebih banyak lagi kejayaan di perolehi oleh pengurusan akademik, ko kurikulum dan juga hal ehwal murid.
YB Shmasolkahar dalam ucapannya telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh pelajar dan guru dalam membina ketrampilan pelajar dan jati diri bagi menjana modal insan yang berkualiti dan bertaraf dunia.Dasar pengambilan 10% markah ko-kurikulum sedikit senyak dapat menyuntik semangat dan mengujudkan dayasaing dalam kalangan pelajar. Semangat ini penting bagi melahirkan pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi dan dapat mencetuskan ide bagi memajukan organisasi. Majlis ini juga sebagai penghargaan kepada pekerja dan juga ganjaran bagi mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Anugerah ini juga sebagai satu usaha memartabatkan profession perguruan dan perangsang kepada warga pendidik untuk membaiki kualiti, bekerjasama , amanah,dedikasi dan seterusnya melahirkan budaya kerja Cemerlang.
Anugerah yang dimenangi oleh SMT Tuanku Jaafar ialah:-
ANUGERAH PENGURUSAN DEWAN MAKAN TERBILANG-KATEGORI SBP/TEKNIK DAN SABK.
SMT Tuanku Jaafar membawa pulang Trofi+Sijil +RM 1000.
Thursday, April 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
TAHNIAH SMT TUANKU JAAFAR ATAS KOMITMEN ANDA.....
taiklaaaaa . pentadbiran ttj mcm harammmm
Post a Comment