Friday, April 1, 2011
SERAH TUGAS KAWALAN KESELAMATAN
Penyerahan Tugas Kawalan Keselamatan SMTTJ 2011 Pada tepat jam 12.01 minit pagi, 1 April 2011 telah berlangsung penyerahan tugasan antara pihak Kawalan Keselamatan Aura Security Services kepada pihak Kawalan Keselamatan Adazagroup Security Services. Penyerahan kuasa disaksikan oleh Pn Hjh Minah bte Ahmad ,En Johari Maamor dan En Ahmad Nzryshah Bin Khalid. Syarikat Aura Security telah diwakili oleh En Nisa dan pegawai operasi, En John manakala Adazagroup Security Services telah diwakili oleh Dato Ahmad Daud, En Fouzi, En Abdul Fatah dan En Affendy. Penyerahan kuasa berjalan lancer dan sesi ramah mesra juga turut ijalankan untuk memperkenalkan semua pengawal keselamatan yang baru berkhidmat di sekolah. Pihak Adazagroup telah mengekalkan 4 orang pengawal keselamatan yang lama dan melantik 3 orang pengawal yang baru. Dalam ucapan wakil Aura Security, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan juga kemesraan pihak pengurusan sekolah melayani segala permasalahan yang berlaku. Beliau memohon ampun dan maaf atas ketidakpuasan hati pelanggan semasa tugasan kawalan dijalankan.Pihak sekolah diwakili oleh Pn Hjh Minah juga telah merakamkan ucapan terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan dimana kelemahan pihak syarikat sentiasa dibincangkan bersama .Pihak sekolah juga berharap agar pihak kawalan keselamatan yang baru akan memberikan komitmen yang lebih baik dan juga memberikan perkhidmatan sepertimana yang di meteraikan dalam kontrak perjanjian. Kegagalan pihak syarikat menjalankan tugasan akan menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan mengikut procedur yang ditetapkan oleh pihak BPTV.Dato Ahmad Daud juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan pihak sekolah dalam memilih syarikat beliau.Pengalaman ini akan memberi peluang kepada pihak syarikat melebarkan perkhidmatan dalam kawalan keselamatan.Beliau juga berharap semua pegawal keselamatan akan mengambil tanggungjawab ini secara kolektif agar semua bekerja sebagai satu pasukan yang saling bantu membantu antara satu sam lain. Setelah selesai sesi, semua pihak telah bergambar beramai-ramai dan bertaaruf antara satu sama lain.Kerja rasmi akan dijalankan mulai 1 April.Clocking akan dijalankan secara manual sehingga alat dipasang dan CCTV akan mula beroperasi dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh perkhidmatan syarikat bari.En Fouzi akan berjumpa pihak sekolah pada hari Isnin 4 April 2011 bagi procedur penyerahan peraturan syarikat dan perbincangan perjalanan syarikat bersama pihak pengurusan. Pihak syarikat juga di jemput untuk menyertai mana-mana mesyuarat pengurusan jika ada keperluan yang melibatkan kawalan keselamatan Semua Maju Jaya. Komitmen Anda Kami Hargai..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



1 comment:
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SYARIKAT ADAZA GROUP.
Post a Comment