Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Hari Terbuka Asrama SMTTJ telah dijayakan dalam suasana meriah dengan kehadiran bekas pelajar ALUMNI TJ TIAS. Majlis julung kali dirasmikan oleh Presiden ALUMNI ,Tn Hj Rusly bin Hassan @Nasution juga merupakan Presiden Majlis Perundingan ALUMNI SMT /SMV Kebangsaan(MALTIVO). Beliau juga merupakan Ketua Pelajar yang pertama semenjak penubuhan Teknikal Institution pada 1973.
Selepas perubahan nama TI kepada Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar , sekolah menempa sejarah dengan mencemar kebawah Duli YAM Tuan ,Tuanku Jaafar bagi perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan setiap dua tahun sekali.
Majlis Anugerah kecemerlangan juga pernah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan , YB Dato Fuad Zakarshi pada tahun 2009.Pada tahun 2010 Majlis Anugerah Kecemerlangan disempurnakan oleh Pengarah BPTV, Tn Hj Ahmad Tajudin Bin Jab.
Majlis pada hari ini telah di mulakan dengan ucapan Naib Yang Dipertua PIBG , En Shahrin juga merupakan Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling JPNS.Dalam ucapan beliau menekankan keseimbangan dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek termasuk sosial mestilah di titikberatkan dalam pendidikan. Transformasi Votech merupakan satu daripada aspek mengarusperdanakan pendidikan pada masa kini. Malaysia hanya mensasarkan 20 % keperluan tenaga mahir buat masa sekarang. Berbanding dengan Indonesia, 50% tenaga mahir telah mula memenuhi pasaran kerja.Keperluan ini penting bagi menjamin kesinambungan dalam menjayakan negara kearah negara industri pada masa akan datang. Komitmen semua pihak penting dalam mencapai kejayaan sepertimana yang disasarkan dalam KPI dan juga NKRA pendidikan di negara kita.
Dalam ucapan Pengetua , Pn Hjh Noraziah bte Ramli, beliau mewar-warkan beberapa kejayaan pelajar pada tahun ini samada di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan membuktikan kerjasama dan komitmen semua pihak penting bagi kejayaan organisasi.
Dalam ucapan perasmian Tn Hj Rusly beliau menekankan tentang transformasi Votech dalam mencorakkan arus pendidikan dinegara ini. Malaysia hanya menyediakan 10% pendidikan teknikal kepada pelajar berbanding dengan Indonesia telah mencapai 50% pendidikan berasaskan kemahiran. Dalam perasmian hari terbuka asrama , beliau menekankan tentang kepaentingan 5's dan juga semangat gotong royong dalam kalangan warga asrama.
Perasmian Hari Terbuka Asrama disempurnakan dengan gimik belon gas yang dilepaskan dan tetamu di hidangkan dengan juadah dan dibawa melawat keasrama dan juga surau
Kehadiran para tetamu dan juga ibubapa yang juga merupakan ALUMNI TJ TIAS telah memeriahkan suasana pada hari ini. Seramai 63 pelajar menerima anugerah pencapaian SPM terbaik,40 guru menerima hadiah penghargaan ,18 menerima hadiah pencapaian semasa(tg 4) dan juga 4 pelajar menerima hadiah penghargaan Pengetua. Saudari Nur Hanisah bte Abd Hamid telah dinobatkan sebagai "Student of the Year" iaitu pelajar terbaik keseluruhan.
Saturday, May 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment