Saturday, May 7, 2011

Lawatan Kecemerlangan SPM 2010 JPNS

Pada 3 Mei 2011 Wakil JPNS Tn Hj Hashim telah melawat SMTTJ bagi menyampaikan sijil Kecemerlangan SPM 2010 .Majlis penyampaian telah diadakan di hadapan 658 pelajar di Dewan Besar Tuanku Jaafar. Dalam ucapan beliau telah memberikan 5 petua kejayaan kepada pelajar.

Petua kejayaan pelajar adalah:-

1. Keazaman yang mantap
2. Usaha yang berterusan
3. Keberkatan dan restu ibubapa dan guru
4. Menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan
5. Tawakkal dan doa.

Pelajar diingatkan supaya memberikan fokus kepada apa jua aktiviti yang dijalankan.Ucapan Tahniah Syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam memastikan kejayaan anak didik di STTJ.

No comments: